Search This Blog

Saturday, April 14, 2012

Mari khatam Al-Quran

Assalammualaikum.

Dengan tertulisnya topik ini, sesungguhnya tidak menjadikan gua lebih baik dari lu orang. Gua menulis sebagai peringatan untuk diri sendiri dan selebihnya gua harap dapat dimanfaatkan oleh yang lain. 

Setelah membuat kajian ringkas mengenai jumlah ayat di dalam Al-Quran, gua dapati umum bersetuju jumlah keseluruhannya adalah 6,236 ayat. Terdapat pendapat yang berbeza mengenai jumlah ayat tetapi ia adalah dari segi cara pengiraan bukan bermaksud ada ayat yang terkurang atau terlebih. 

Mengambil ringkas bahawa 1 tahun adalah 365 hari manakala 1 bulan adalah 30 hari, gua berjaya menghasilkan jadual tempoh khatam Al-Quran seperti di bawah - 

Jadual tempoh khatam Al-Quran
Jujurnya gua leka dengan tugasan dunia sehingga tiada masa dalam 1 hari yang diperuntukkan untuk membaca Al-Quran. Apabila gua congak kembali, sebenarnya tidak mustahil bagi setiap umat Islam untuk khatam Al-Quran, sama ada untuk kali pertama atau seterusnya. 

Bertitik tolak dari ini, gua berharap dapat kembali menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai rutin harian. InsyaAllah.

Better late than never. Amin.

Thursday, April 5, 2012

Burger 3.0 - Demo aman menentang kenaikkan harga burger

Demi burger jalanan yang sedap dan murah.

"RM 2.60", kata Abang burger.
Sambil menghulurkan wang fikiran gua menerobos ke tahun 1989 sewaktu gua berusia 7 tahun di mana harga benjo (burger telur) adalah 70 sen dan burger ayam / daging RM 1.00. Bahan-bahanya masih sama, rasanya pun masih sama.

Berikut adalah analisis harga burger berbanding harga petrol (Ron 97) di Malaysia dari tahun 1989 ke 2012.


Kita perhatikan bahawa pola kenaikan harga burger dan harga petrol (Ron 97) adalah serasi. Sama ada harga burger akan naik bila harga petrol naik, atau harga petrol naik bila harga burger naik belum dapat dipastikan. 

Kita mengalami kerancakan ekonomi sekitar tahun 90-an. Banyak infrastruktur mega didirikan setanding kemampuan. Syarikat-syarikat tempatan meraih keuntungan berlipat ganda. Harga burger kekal RM 1.20 sepanjang 10 tahun. Harga petrol kekal RM 1.10.

Selepas tahun 1999, harga burger dan petrol naik dengan rakusnya. Terus naik sehingga tahun 2012. Mungkin naik lagi tahun depan. Untuk mengekalkan harga sebiji burger pada RM 2.60 kita harus menambat nilai burger dengan harga beras agar apa-apa juga situasi yang berlaku terhadap pasaran minyak global tidak  memberi kesan buruk kepada harga burger. Gua mengambil beras kerana beras adalah makanan ruji penduduk dunia.
Burger tempe
Abang-abang burger mungkin takkan faham. Tapi gua tak kisah, sememangnya ekonomi adalah sesuatu yang sukar untuk diterangkan. Ada juga yang berpendapat daging burger haruslah ditukar dengan tempe sekiranya kita mahu mengekalkan harga RM 2.60. Tapi bagaimana pula dengan rasa burger yang tak pernah berubah sejak tahun 1989? Adakah kita harus memberitahu lidah kita bahawa tempe itu adalah daging yang baru?
Selamat tinggal burger Ramly?
Demi burger jalanan yang sedap dan murah.

Gua tak setuju!