Search This Blog

Saturday, August 11, 2012

Wang Polimer : Bank Negara Malaysia terlepas pandang?

Hari ni gua terima wang baru RM 10.00. Selepas dibelek-belek, gua perasan satu perkara. Masih tertera ayat 'WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI'. Sepatutnya perkataan 'KERTAS' diganti dengan 'POLIMER'. Rasionalnya, material wang tersebut bukan dari kertas sepertimana wang - wang sebelumnya tetapi dari polimer.

Jadi, gua berpendapat ayat yang sepatutnya ialah 'WANG POLIMER INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI'.
Kertas atau polimer?
Kalau Bank Negara Malaysia (BNM) terima pendapat gua ni dan bersetuju untuk menukar perkataan 'KERTAS' kepada 'POLIMER', sebagai ganjaran gua tak minta banyak. Gua cuma mahu BNM mencetak edisi khas not kenang - kenangan RM 50.00 yang tertera gambar gua berdiri bersebelahan pokok kelapa sawit di belakang not tersebut. Sekian, terima kasih.

2 comments:

  1. Bro, wang polimer BNM RM1 & 5 je, jadi tertera @ RM1 & RM5, "wang ini sah diperlakukan". They eliminate perkataan "kertas" tu all together.

    Manakala, RM10, 20, RM100 dan 50, masih wang kertas.

    Impian anda bergambar berdiri sebelah pokok sawit berakhir di sini.

    ReplyDelete
  2. Duit kertas RM10 yg baru still kertas? bukan polimer? Tapi aku rasa mcm polimer aje. Lepas baca komen ko, aku terus buat ujian kebasahan. Aku rendam RM10 tu dalam air, and i think its polimer. Hmm, konfius.

    Mohon pakar DNA untuk material kertas dan polimer tampil beri laporan lengkap.

    ReplyDelete