Search This Blog

Wednesday, August 15, 2012

Cara-cara membuang lettering pada jersi

Tips hari ini : Cara-cara membuang lettering pada jersey.

Langkah 1
Keluarkan jersey yang mengandungi lettering yang tidak diingini.
Gambar sebagai hiasan
Langkah 2
Ambik pengering rambut (Hair dryer) dan hala pada lettering tersebut. Kemudian, kikis perlahan-lahan menggunakan pisau atau objek keras dan nipis.

Langkah 3
Siap untuk dipakai.
Contoh jersi yang telah siap dibuang lettering
Selamat mencuba!

Saturday, August 11, 2012

Wang Polimer : Bank Negara Malaysia terlepas pandang?

Hari ni gua terima wang baru RM 10.00. Selepas dibelek-belek, gua perasan satu perkara. Masih tertera ayat 'WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI'. Sepatutnya perkataan 'KERTAS' diganti dengan 'POLIMER'. Rasionalnya, material wang tersebut bukan dari kertas sepertimana wang - wang sebelumnya tetapi dari polimer.

Jadi, gua berpendapat ayat yang sepatutnya ialah 'WANG POLIMER INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI'.
Kertas atau polimer?
Kalau Bank Negara Malaysia (BNM) terima pendapat gua ni dan bersetuju untuk menukar perkataan 'KERTAS' kepada 'POLIMER', sebagai ganjaran gua tak minta banyak. Gua cuma mahu BNM mencetak edisi khas not kenang - kenangan RM 50.00 yang tertera gambar gua berdiri bersebelahan pokok kelapa sawit di belakang not tersebut. Sekian, terima kasih.

Monday, July 16, 2012

Senibina Islam - Apa kata penulis?

Berikut adalah antara ciri - ciri senibina Islam yang kita pelajari di kolej / universiti -
  • Minarets (Menara)
  • Kubah
  • Geometri (Bentuk dan motif)
  • Muqarnas
  • Kaligrafi 
  • Elemen air
  • Seimbang (Balance)
Dan contohnya adalah seperti berikut -

1) Sheik Zayed Grand Mosque, Abu Dhabi, UAE.

Kubah dan menara
Seimbang
Elemen air
Sekarang kita lihat pula masjid yang kedua -

2) Chandgoan Mosque, Chittagong, Bangladesh.

Tiada kubah dan menara
Tiada elemen air, tiada motif dan 'free facade'
Pencahayaan semulajadi dan tiada muqarnas
Dari pandangan kasar, dengan mudah kita akan mengatakan bahawa masjid yang pertama, Sheik Zayed Grand Mosque memenuhi kehendak senibina Islam. Tapi pada pandangan saya, senibina Islam bukan terletak pada menara, kubah, bentuk geometri, kaligrafi atau sebagainya. Ini hanyalah pendapat pihak tertentu yang jelas memberi gambaran yang tidak tepat mengenai Islam.

Islam mengutamakan kesederhanaan dalam banyak perkara. Senibina Islam pada pandangan saya ialah senibina di mana kita dapat menterjemahkan kesederhanaan dan perasaan rendah diri terhadap Allah swt. Secara teorinya, binaan yang tinggi menegak (vertical) seperti mencucuk langit menggambarkan keangkuhan. Motif yang keterlaluan, material binaan yang mewah, dan saiz binaan yang besar melebihi keperluan adalah pembaziran. Sesungguhnya pembaziran itu tiada di dalam Islam.


Hotel Raffles, Makkah.
Bagaimana pula dengan hotel-hotel mewah di sekitar kota suci Makkah? 

Andai nilaikan.

Thursday, June 7, 2012

Euro 2012

Salah ke i sokong England?
Esok Euro 2012 dah start. Artikel pasal bola sepak satu haram belum gua tulis walaupon material dah ada. Yelah, kekangan kerja, terpaksa gua lupakan dulu aktiviti blogging ni. Apa-apa pun, jom layan Sembang Sepetang dulu, gua jamin kempen Euro 2012 anda akan lebih ceria. 


Tuesday, May 22, 2012

Review Filem Melayu 2012

Kalau lu cakap orang Melayu yang tak tengok filem Melayu TAK PATRIOTIK, gua akan ikat leher lu dekat jejambat KLCC. Kenapa gua cakap macam tu?

BERANI PUNYA BUDAK
  1. Tagline "Kalau takut dipukul gengster, jangan berumah dekat rumah gengster" - Kelakar ke beb?? 
  2. Grafik - 100% tiru Grand Theft Auto (PC Game, 2004). Kamon la, tiru-meniru ni kerja budak2 sekolah aje beb.
Berani Punya Budak, 2012
Grand Theft Auto : San Andreas
MAN SEWEL DATANG KL
  1. Gua rasa yang sewel sebenarnya adalah produser & pengarah filem ni. Kalau lu orang tengok filem ni, dengan lu orang sekali gua anggap sewel.
  2. Bagi gua, filem ni adalah sekuel cerita Pak Pandir. Filem-filem jenis ni memang popular zaman 80an & awal 90an sewaktu Mr Os tengah laku macam goreng pisang panas.
  3. Lu tak rasa *&%^$# ke tengok filem macam ni?
Lu rasa siapa yang sewel?
JALAN KEMBALI : BOHSIA 2
  1. Dah lama gua tak dengar orang sebut perkataan 'bohsia'. Nasib baik si Syamsul Yusof ni ingat lagi.
  2. Ke si Syamsul Yusof ni koma sejak tahun 1998 sekarang baru tersedar & terus buat filem?
Filem cerita pasal Bohjan lu tak nak buat ke beb?
JIDIN SENGAL
  1. Komen gua, sama mcm filem MAN SEWEL DATANG KL.
  2. Cukup-cukuplah filem yang membodohkan bangsa sendiri ni. 
Jidin Sengal
SEE FOOD
  1. Ramai yang puji filem animasi tempatan ni, tapi tidak bagi gua.
  2. Bagi gua, kalau tak boleh buat lebih baik dari Finding Nemo atau Shark, baik jangan buat terus. 
  3. Orang tak tengok filem semata-mata sebab filem tu 'Made in Malaysia'. Kalau filem tu datang dari negara tanpa nama sekali pon, kalau ceritanya bagus, ia tetap bagus. 
  4. Produser mengharapkan 'simpati' rakyat Malaysia untuk melariskan filem. Lu patut jual filem atas merit filem itu sendiri. Bagi gua, lu orang tak ubah macam orang kaya yang mengemis duit rakyat miskin.
See Food
Sebenarnya, banyak lagi filem Melayu tahun 2012 yang gua sendiri pon malas nak ulas. Lu Google sendiri la.

Saturday, April 14, 2012

Mari khatam Al-Quran

Assalammualaikum.

Dengan tertulisnya topik ini, sesungguhnya tidak menjadikan gua lebih baik dari lu orang. Gua menulis sebagai peringatan untuk diri sendiri dan selebihnya gua harap dapat dimanfaatkan oleh yang lain. 

Setelah membuat kajian ringkas mengenai jumlah ayat di dalam Al-Quran, gua dapati umum bersetuju jumlah keseluruhannya adalah 6,236 ayat. Terdapat pendapat yang berbeza mengenai jumlah ayat tetapi ia adalah dari segi cara pengiraan bukan bermaksud ada ayat yang terkurang atau terlebih. 

Mengambil ringkas bahawa 1 tahun adalah 365 hari manakala 1 bulan adalah 30 hari, gua berjaya menghasilkan jadual tempoh khatam Al-Quran seperti di bawah - 

Jadual tempoh khatam Al-Quran
Jujurnya gua leka dengan tugasan dunia sehingga tiada masa dalam 1 hari yang diperuntukkan untuk membaca Al-Quran. Apabila gua congak kembali, sebenarnya tidak mustahil bagi setiap umat Islam untuk khatam Al-Quran, sama ada untuk kali pertama atau seterusnya. 

Bertitik tolak dari ini, gua berharap dapat kembali menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai rutin harian. InsyaAllah.

Better late than never. Amin.

Thursday, April 5, 2012

Burger 3.0 - Demo aman menentang kenaikkan harga burger

Demi burger jalanan yang sedap dan murah.

"RM 2.60", kata Abang burger.
Sambil menghulurkan wang fikiran gua menerobos ke tahun 1989 sewaktu gua berusia 7 tahun di mana harga benjo (burger telur) adalah 70 sen dan burger ayam / daging RM 1.00. Bahan-bahanya masih sama, rasanya pun masih sama.

Berikut adalah analisis harga burger berbanding harga petrol (Ron 97) di Malaysia dari tahun 1989 ke 2012.


Kita perhatikan bahawa pola kenaikan harga burger dan harga petrol (Ron 97) adalah serasi. Sama ada harga burger akan naik bila harga petrol naik, atau harga petrol naik bila harga burger naik belum dapat dipastikan. 

Kita mengalami kerancakan ekonomi sekitar tahun 90-an. Banyak infrastruktur mega didirikan setanding kemampuan. Syarikat-syarikat tempatan meraih keuntungan berlipat ganda. Harga burger kekal RM 1.20 sepanjang 10 tahun. Harga petrol kekal RM 1.10.

Selepas tahun 1999, harga burger dan petrol naik dengan rakusnya. Terus naik sehingga tahun 2012. Mungkin naik lagi tahun depan. Untuk mengekalkan harga sebiji burger pada RM 2.60 kita harus menambat nilai burger dengan harga beras agar apa-apa juga situasi yang berlaku terhadap pasaran minyak global tidak  memberi kesan buruk kepada harga burger. Gua mengambil beras kerana beras adalah makanan ruji penduduk dunia.
Burger tempe
Abang-abang burger mungkin takkan faham. Tapi gua tak kisah, sememangnya ekonomi adalah sesuatu yang sukar untuk diterangkan. Ada juga yang berpendapat daging burger haruslah ditukar dengan tempe sekiranya kita mahu mengekalkan harga RM 2.60. Tapi bagaimana pula dengan rasa burger yang tak pernah berubah sejak tahun 1989? Adakah kita harus memberitahu lidah kita bahawa tempe itu adalah daging yang baru?
Selamat tinggal burger Ramly?
Demi burger jalanan yang sedap dan murah.

Gua tak setuju!