Search This Blog

Thursday, April 5, 2012

Burger 3.0 - Demo aman menentang kenaikkan harga burger

Demi burger jalanan yang sedap dan murah.

"RM 2.60", kata Abang burger.
Sambil menghulurkan wang fikiran gua menerobos ke tahun 1989 sewaktu gua berusia 7 tahun di mana harga benjo (burger telur) adalah 70 sen dan burger ayam / daging RM 1.00. Bahan-bahanya masih sama, rasanya pun masih sama.

Berikut adalah analisis harga burger berbanding harga petrol (Ron 97) di Malaysia dari tahun 1989 ke 2012.


Kita perhatikan bahawa pola kenaikan harga burger dan harga petrol (Ron 97) adalah serasi. Sama ada harga burger akan naik bila harga petrol naik, atau harga petrol naik bila harga burger naik belum dapat dipastikan. 

Kita mengalami kerancakan ekonomi sekitar tahun 90-an. Banyak infrastruktur mega didirikan setanding kemampuan. Syarikat-syarikat tempatan meraih keuntungan berlipat ganda. Harga burger kekal RM 1.20 sepanjang 10 tahun. Harga petrol kekal RM 1.10.

Selepas tahun 1999, harga burger dan petrol naik dengan rakusnya. Terus naik sehingga tahun 2012. Mungkin naik lagi tahun depan. Untuk mengekalkan harga sebiji burger pada RM 2.60 kita harus menambat nilai burger dengan harga beras agar apa-apa juga situasi yang berlaku terhadap pasaran minyak global tidak  memberi kesan buruk kepada harga burger. Gua mengambil beras kerana beras adalah makanan ruji penduduk dunia.
Burger tempe
Abang-abang burger mungkin takkan faham. Tapi gua tak kisah, sememangnya ekonomi adalah sesuatu yang sukar untuk diterangkan. Ada juga yang berpendapat daging burger haruslah ditukar dengan tempe sekiranya kita mahu mengekalkan harga RM 2.60. Tapi bagaimana pula dengan rasa burger yang tak pernah berubah sejak tahun 1989? Adakah kita harus memberitahu lidah kita bahawa tempe itu adalah daging yang baru?
Selamat tinggal burger Ramly?
Demi burger jalanan yang sedap dan murah.

Gua tak setuju!

4 comments:

  1. ape yang ko merepek ni dol?

    ReplyDelete
  2. Mungkin boleh mohon kerajaan memberi subsidi kepada pembelian burger juga.

    ReplyDelete
  3. Itu yg aku cuba highlightkan. Semoga generasi akan dtg dapat menikmati burger pada harga yang berpatutan. Kalau tak, makan roti burger sapu kaya aje la.

    ReplyDelete