Search This Blog

Saturday, April 14, 2012

Mari khatam Al-Quran

Assalammualaikum.

Dengan tertulisnya topik ini, sesungguhnya tidak menjadikan gua lebih baik dari lu orang. Gua menulis sebagai peringatan untuk diri sendiri dan selebihnya gua harap dapat dimanfaatkan oleh yang lain. 

Setelah membuat kajian ringkas mengenai jumlah ayat di dalam Al-Quran, gua dapati umum bersetuju jumlah keseluruhannya adalah 6,236 ayat. Terdapat pendapat yang berbeza mengenai jumlah ayat tetapi ia adalah dari segi cara pengiraan bukan bermaksud ada ayat yang terkurang atau terlebih. 

Mengambil ringkas bahawa 1 tahun adalah 365 hari manakala 1 bulan adalah 30 hari, gua berjaya menghasilkan jadual tempoh khatam Al-Quran seperti di bawah - 

Jadual tempoh khatam Al-Quran
Jujurnya gua leka dengan tugasan dunia sehingga tiada masa dalam 1 hari yang diperuntukkan untuk membaca Al-Quran. Apabila gua congak kembali, sebenarnya tidak mustahil bagi setiap umat Islam untuk khatam Al-Quran, sama ada untuk kali pertama atau seterusnya. 

Bertitik tolak dari ini, gua berharap dapat kembali menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai rutin harian. InsyaAllah.

Better late than never. Amin.

Thursday, April 5, 2012

Burger 3.0 - Demo aman menentang kenaikkan harga burger

Demi burger jalanan yang sedap dan murah.

"RM 2.60", kata Abang burger.
Sambil menghulurkan wang fikiran gua menerobos ke tahun 1989 sewaktu gua berusia 7 tahun di mana harga benjo (burger telur) adalah 70 sen dan burger ayam / daging RM 1.00. Bahan-bahanya masih sama, rasanya pun masih sama.

Berikut adalah analisis harga burger berbanding harga petrol (Ron 97) di Malaysia dari tahun 1989 ke 2012.


Kita perhatikan bahawa pola kenaikan harga burger dan harga petrol (Ron 97) adalah serasi. Sama ada harga burger akan naik bila harga petrol naik, atau harga petrol naik bila harga burger naik belum dapat dipastikan. 

Kita mengalami kerancakan ekonomi sekitar tahun 90-an. Banyak infrastruktur mega didirikan setanding kemampuan. Syarikat-syarikat tempatan meraih keuntungan berlipat ganda. Harga burger kekal RM 1.20 sepanjang 10 tahun. Harga petrol kekal RM 1.10.

Selepas tahun 1999, harga burger dan petrol naik dengan rakusnya. Terus naik sehingga tahun 2012. Mungkin naik lagi tahun depan. Untuk mengekalkan harga sebiji burger pada RM 2.60 kita harus menambat nilai burger dengan harga beras agar apa-apa juga situasi yang berlaku terhadap pasaran minyak global tidak  memberi kesan buruk kepada harga burger. Gua mengambil beras kerana beras adalah makanan ruji penduduk dunia.
Burger tempe
Abang-abang burger mungkin takkan faham. Tapi gua tak kisah, sememangnya ekonomi adalah sesuatu yang sukar untuk diterangkan. Ada juga yang berpendapat daging burger haruslah ditukar dengan tempe sekiranya kita mahu mengekalkan harga RM 2.60. Tapi bagaimana pula dengan rasa burger yang tak pernah berubah sejak tahun 1989? Adakah kita harus memberitahu lidah kita bahawa tempe itu adalah daging yang baru?
Selamat tinggal burger Ramly?
Demi burger jalanan yang sedap dan murah.

Gua tak setuju!

Thursday, March 22, 2012

Bandar Sri Damansara berhantu?

Gua dah emel Mazidul 999 tapi takde respon. Jadi gua terjah secara solo.

Gua cukup sinonim dengan Bandar Sri Damansara (BSD). Gua pernah tinggal dan sekarang bekerja di kawasan ni. Untuk rekod, BSD adalah di bawah seliaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Terletak di pinggiran Kuala Lumpur, BSD mempunyai landskap semulajadi yang menyenangkan baik untuk kediaman ataupun pusat perniagaan.

Tapi itu dulu...

Selamat datang ke Petaling Jaya
Dengan kebanjiran para Ah Long beserta iklan-iklan haram mereka, ditambah dengan iklan para oportunis membuatkan BSD umpama bandar hantu yang sedang menunggu masa untuk meracau seterusnya merasuk penduduk sekitar. Berikut gua panjangkan beberapa gambar bukti kewujudan hantu di BSD.

Hantu pondok telefon. Sangat popular sekitar 90-an
Hantu parking. Kalau takde duit nak bayar, boleh contact Ah Long
Hantu sedang berebut kawasan
Jalan ke neraka? 
Pokok pon tak terkecuali dari dirasuk hantu Ah Long
Gua harap pihak berkuasa sama ada MBPJ atau PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku iklan-iklan haram khasnya di BSD dan umumnya di seluruh Malaysia. Gua tidak menolak kemungkinan jenayah yang lebih berat seperti penipuan, samun, culik dan bunuh mungkin bertitik tolak dari iklan-iklan haram seperti ini. Ayuh banteras, kami sentiasa menyokong anda!






Thursday, March 15, 2012

Makan

Untuk pertama kalinya, gua akan cerita pasal makanan. Tempat makan pertama yang gua terjah ialah Restoran Kasturi, Jalan Kenanga SD 9/4, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan lu, gua adalah Mayor Foursquare yang rasmi untuk restoran ini. He he he.

Setelah lebih 6 bulan dekat sini, baru gua perasan ada tempat makan yang best berhampiran tempat kerja gua. Restoran ni dibuka dari pukul 7.30 pagi - 5.00 petang setiap hari kecuali Isnin pertama & ketiga setiap bulan. Kalau lu orang datang pagi, boleh la layan meehoon goreng, nasi lemak, lontong, roti arab dan kuih-muih. Gua syorkan lu orang try meehoon goreng, boleh tahan beb. Kalau nak best lagi, lu tunggu pukul 9.00 pagi, dia hidang laksa johor pulak. Terbaik!

Laksa Johor
Kalau tengah hari, restoran ni hidang nasi campur dengan ikan bakar. Rata-rata lauk dia ada pengaruh Johor (Gua syak tokey restoran ni orang Johor). Pilihan gua dah semestinya ikan bakar. Masakan asam pedas tak mencapai standard sebab gua rasa asam pedas isteri gua lagi sedap. He he he. Tapi, gua tak pissed-off sebab gua sedar bukan senang nak masak asam pedas yang betul-betul sedap. Lagi pun, banyak lauk-pauk lain lu boleh makan kat sini.
Ikan pari bakar
Macam Chef Wan pulak gua membebel. Ok la, senang cerita lu datang sini try sendiri. Puas hati beb!

Saturday, March 3, 2012

Basikal 2.0

MERIDA Matts 40-D
Ya betul. Seperti yang dirancang, semalam gua telah membeli sebuah basikal MTB dekat kedai Sam Serdang. Banyak pilihan, harga pon berpatutan. So, pilih punya pilih, akhirnya gua rembat sebiji Merida Matts 40-D saiz 18". Alasan utama gua adalah basikal ni nampak cool, mcm gua jugak. . Gua difahamkan bahawa saiz basikal adalah bergantung kepada ketinggian penunggang. Kalau tak pasti, lu boleh check dekat internet, apa saiz yang sesuai dengan ketinggian lu.

Ok, pagi tadi untuk pertama kalinya gua adakan sesi free run untuk Merida gua. Tak jauh, cuma 3.6km. Secara keseluruhan, gua puas hati. Cuma ketinggian saddle kena adjust sikit. Lenguh lutut beb bila naik bukit.

3.6km adalah dari rumah gua ke tasik Bdr Tun Hussien Onn
Untuk permulaan, gua rasa stamina & fizikal gua agak terbatas bila mendaki bukit. Jadi, untuk jarak 3.6km, gua berhenti 2 kali sebab lutut gua rasa mcm nak pecah. Kalau dekat kedai Sam Serdang ada jual lutut, gua henjut aje tadi. Lepas tamat 3.6km, gua temankan bini gua jogging & layan anak bujang gua main buai dekat tasik Bdr Tun Hussien Onn. Memang ramai manusia berjogging dekat tasik ni pagi-pagi.

Dalam perjalan balik ke rumah, gua rasa lain. Gua rasa lebih enjoy bila mengayuh, bukan macam waktu nak datang tadi. Teori gua adalah tadi masa mula-mula nak mengayuh, gua lupa nak warm-up & stretching. Sebab tu lutut rasa nak meletup.

Gua akan tulis pasal basikal lagi bila gua dah cecah milestone 30km. Sekian.

Friday, March 2, 2012

Basikal



Dalam hidup gua, gua ada banyak basikal. Tapi tu dulu la, 20 hingga 25 tahun lepas. Lepas tu, gua tak pernah ada basikal sampai sekarang. Basikal pertama gua adalah BMX warna hitam. Bapak gua belikan. Handle basikal tu patah sebab gua selalu off-road masuk kebun getah. 

Sekarang, gua rasa dah tiba masanya untuk gua kembali mengayuh. Gua harap gua masih belum lupa mcm mana nak tunggang basikal. Ataupun bini guna akan hempuk gua dgn basikal tu. Ha ha ha. Selepas beberapa bulan buat survey dibantu oleh kawan gua masa sekolah dulu, gua dah kenal pasti basikal apa gua nak beli. Esok, InsyaAllah gua akan ke kedai basikal K&L dekat Serdang.

Ini adalah sebahagian usaha gua untuk kekal cergas dan sihat di samping mengekalkan kehijauan alam semula jadi. Ha ha ha.

Friday, November 25, 2011

Bekerja pada hari Sabtu atau Ahad?

Berikut adalah antara profesion yang memerlukan anda bekerja lain dari hari kerja normal -

1) Pasukan keselamatan (Polis, tentera, pengawal keselamatan)
2) Kesihatan (Doktor, jururawat, kakitangan hospital)
3) Restauran / kedai makan / pasaraya / jurujual
4) Pembinaan
5) Jurutol / kaunter tiket
6) Peniaga pasar malam
7) Ahli sukan (Bolasepak, badminton, golf, F1)
8) Perniagaan / perladangan
9) Industri hiburan / penyiaran (Pembaca berita / journalist / penyanyi / pelakon)

Sekiranya anda ditugaskan oleh majikan anda untuk bekerja pada hari Sabtu atau Ahad, sambutlah dengan penuh semangat tanpa banyak rungutan dan bekerjalah sebaik-baiknya! Sekurang-kurangnya anda tidak bekerja pada setiap hari Sabtu atau Ahad.