![]() |
| Salah ke i sokong England? |
Search This Blog
Thursday, June 7, 2012
Euro 2012
Tuesday, May 22, 2012
Review Filem Melayu 2012
BERANI PUNYA BUDAK
- Tagline "Kalau takut dipukul gengster, jangan berumah dekat rumah gengster" - Kelakar ke beb??
- Grafik - 100% tiru Grand Theft Auto (PC Game, 2004). Kamon la, tiru-meniru ni kerja budak2 sekolah aje beb.
![]() |
| Berani Punya Budak, 2012 |
![]() |
| Grand Theft Auto : San Andreas |
MAN SEWEL DATANG KL
- Gua rasa yang sewel sebenarnya adalah produser & pengarah filem ni. Kalau lu orang tengok filem ni, dengan lu orang sekali gua anggap sewel.
- Bagi gua, filem ni adalah sekuel cerita Pak Pandir. Filem-filem jenis ni memang popular zaman 80an & awal 90an sewaktu Mr Os tengah laku macam goreng pisang panas.
- Lu tak rasa *&%^$# ke tengok filem macam ni?
![]() |
| Lu rasa siapa yang sewel? |
JALAN KEMBALI : BOHSIA 2
- Dah lama gua tak dengar orang sebut perkataan 'bohsia'. Nasib baik si Syamsul Yusof ni ingat lagi.
- Ke si Syamsul Yusof ni koma sejak tahun 1998 sekarang baru tersedar & terus buat filem?
![]() |
| Filem cerita pasal Bohjan lu tak nak buat ke beb? |
- Komen gua, sama mcm filem MAN SEWEL DATANG KL.
- Cukup-cukuplah filem yang membodohkan bangsa sendiri ni.
![]() |
| Jidin Sengal |
SEE FOOD
- Ramai yang puji filem animasi tempatan ni, tapi tidak bagi gua.
- Bagi gua, kalau tak boleh buat lebih baik dari Finding Nemo atau Shark, baik jangan buat terus.
- Orang tak tengok filem semata-mata sebab filem tu 'Made in Malaysia'. Kalau filem tu datang dari negara tanpa nama sekali pon, kalau ceritanya bagus, ia tetap bagus.
- Produser mengharapkan 'simpati' rakyat Malaysia untuk melariskan filem. Lu patut jual filem atas merit filem itu sendiri. Bagi gua, lu orang tak ubah macam orang kaya yang mengemis duit rakyat miskin.
![]() |
| See Food |
Sebenarnya, banyak lagi filem Melayu tahun 2012 yang gua sendiri pon malas nak ulas. Lu Google sendiri la.
Saturday, April 14, 2012
Mari khatam Al-Quran
Assalammualaikum.
Dengan tertulisnya topik ini, sesungguhnya tidak menjadikan gua lebih baik dari lu orang. Gua menulis sebagai peringatan untuk diri sendiri dan selebihnya gua harap dapat dimanfaatkan oleh yang lain.
Setelah membuat kajian ringkas mengenai jumlah ayat di dalam Al-Quran, gua dapati umum bersetuju jumlah keseluruhannya adalah 6,236 ayat. Terdapat pendapat yang berbeza mengenai jumlah ayat tetapi ia adalah dari segi cara pengiraan bukan bermaksud ada ayat yang terkurang atau terlebih.
Mengambil ringkas bahawa 1 tahun adalah 365 hari manakala 1 bulan adalah 30 hari, gua berjaya menghasilkan jadual tempoh khatam Al-Quran seperti di bawah -
![]() |
| Jadual tempoh khatam Al-Quran |
Jujurnya gua leka dengan tugasan dunia sehingga tiada masa dalam 1 hari yang diperuntukkan untuk membaca Al-Quran. Apabila gua congak kembali, sebenarnya tidak mustahil bagi setiap umat Islam untuk khatam Al-Quran, sama ada untuk kali pertama atau seterusnya.
Bertitik tolak dari ini, gua berharap dapat kembali menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai rutin harian. InsyaAllah.
Better late than never. Amin.
Thursday, April 5, 2012
Burger 3.0 - Demo aman menentang kenaikkan harga burger
Demi burger jalanan yang sedap dan murah.
"RM 2.60", kata Abang burger.
Sambil menghulurkan wang fikiran gua menerobos ke tahun 1989 sewaktu gua berusia 7 tahun di mana harga benjo (burger telur) adalah 70 sen dan burger ayam / daging RM 1.00. Bahan-bahanya masih sama, rasanya pun masih sama.
Berikut adalah analisis harga burger berbanding harga petrol (Ron 97) di Malaysia dari tahun 1989 ke 2012.
Abang-abang burger mungkin takkan faham. Tapi gua tak kisah, sememangnya ekonomi adalah sesuatu yang sukar untuk diterangkan. Ada juga yang berpendapat daging burger haruslah ditukar dengan tempe sekiranya kita mahu mengekalkan harga RM 2.60. Tapi bagaimana pula dengan rasa burger yang tak pernah berubah sejak tahun 1989? Adakah kita harus memberitahu lidah kita bahawa tempe itu adalah daging yang baru?
Sambil menghulurkan wang fikiran gua menerobos ke tahun 1989 sewaktu gua berusia 7 tahun di mana harga benjo (burger telur) adalah 70 sen dan burger ayam / daging RM 1.00. Bahan-bahanya masih sama, rasanya pun masih sama.
Berikut adalah analisis harga burger berbanding harga petrol (Ron 97) di Malaysia dari tahun 1989 ke 2012.
Kita perhatikan bahawa pola kenaikan harga burger dan harga petrol (Ron 97) adalah serasi. Sama ada harga burger akan naik bila harga petrol naik, atau harga petrol naik bila harga burger naik belum dapat dipastikan.
Kita mengalami kerancakan ekonomi sekitar tahun 90-an. Banyak infrastruktur mega didirikan setanding kemampuan. Syarikat-syarikat tempatan meraih keuntungan berlipat ganda. Harga burger kekal RM 1.20 sepanjang 10 tahun. Harga petrol kekal RM 1.10.
Selepas tahun 1999, harga burger dan petrol naik dengan rakusnya. Terus naik sehingga tahun 2012. Mungkin naik lagi tahun depan. Untuk mengekalkan harga sebiji burger pada RM 2.60 kita harus menambat nilai burger dengan harga beras agar apa-apa juga situasi yang berlaku terhadap pasaran minyak global tidak memberi kesan buruk kepada harga burger. Gua mengambil beras kerana beras adalah makanan ruji penduduk dunia.
![]() |
| Burger tempe |
Thursday, March 22, 2012
Bandar Sri Damansara berhantu?
Gua dah emel Mazidul 999 tapi takde respon. Jadi gua terjah secara solo.
Gua cukup sinonim dengan Bandar Sri Damansara (BSD). Gua pernah tinggal dan sekarang bekerja di kawasan ni. Untuk rekod, BSD adalah di bawah seliaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Terletak di pinggiran Kuala Lumpur, BSD mempunyai landskap semulajadi yang menyenangkan baik untuk kediaman ataupun pusat perniagaan.
Tapi itu dulu...
![]() |
| Selamat datang ke Petaling Jaya |
Dengan kebanjiran para Ah Long beserta iklan-iklan haram mereka, ditambah dengan iklan para oportunis membuatkan BSD umpama bandar hantu yang sedang menunggu masa untuk meracau seterusnya merasuk penduduk sekitar. Berikut gua panjangkan beberapa gambar bukti kewujudan hantu di BSD.
![]() |
| Hantu pondok telefon. Sangat popular sekitar 90-an |
![]() |
| Hantu parking. Kalau takde duit nak bayar, boleh contact Ah Long |
![]() |
| Hantu sedang berebut kawasan |
![]() |
| Jalan ke neraka? |
![]() |
| Pokok pon tak terkecuali dari dirasuk hantu Ah Long |
Gua harap pihak berkuasa sama ada MBPJ atau PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku iklan-iklan haram khasnya di BSD dan umumnya di seluruh Malaysia. Gua tidak menolak kemungkinan jenayah yang lebih berat seperti penipuan, samun, culik dan bunuh mungkin bertitik tolak dari iklan-iklan haram seperti ini. Ayuh banteras, kami sentiasa menyokong anda!
Thursday, March 15, 2012
Makan
Untuk pertama kalinya, gua akan cerita pasal makanan. Tempat makan pertama yang gua terjah ialah Restoran Kasturi, Jalan Kenanga SD 9/4, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan lu, gua adalah Mayor Foursquare yang rasmi untuk restoran ini. He he he.
Setelah lebih 6 bulan dekat sini, baru gua perasan ada tempat makan yang best berhampiran tempat kerja gua. Restoran ni dibuka dari pukul 7.30 pagi - 5.00 petang setiap hari kecuali Isnin pertama & ketiga setiap bulan. Kalau lu orang datang pagi, boleh la layan meehoon goreng, nasi lemak, lontong, roti arab dan kuih-muih. Gua syorkan lu orang try meehoon goreng, boleh tahan beb. Kalau nak best lagi, lu tunggu pukul 9.00 pagi, dia hidang laksa johor pulak. Terbaik!
![]() |
| Laksa Johor |
![]() |
| Ikan pari bakar |
Saturday, March 3, 2012
Basikal 2.0
![]() |
| MERIDA Matts 40-D |
Ok, pagi tadi untuk pertama kalinya gua adakan sesi free run untuk Merida gua. Tak jauh, cuma 3.6km. Secara keseluruhan, gua puas hati. Cuma ketinggian saddle kena adjust sikit. Lenguh lutut beb bila naik bukit.
![]() |
| 3.6km adalah dari rumah gua ke tasik Bdr Tun Hussien Onn |
Dalam perjalan balik ke rumah, gua rasa lain. Gua rasa lebih enjoy bila mengayuh, bukan macam waktu nak datang tadi. Teori gua adalah tadi masa mula-mula nak mengayuh, gua lupa nak warm-up & stretching. Sebab tu lutut rasa nak meletup.
Gua akan tulis pasal basikal lagi bila gua dah cecah milestone 30km. Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















