|
MERIDA Matts 40-D |
Ya betul. Seperti yang dirancang, semalam gua telah membeli sebuah basikal MTB dekat kedai
Sam Serdang. Banyak pilihan, harga pon berpatutan. So, pilih punya pilih, akhirnya gua rembat sebiji Merida Matts 40-D saiz 18". Alasan utama gua adalah basikal ni nampak cool, mcm gua jugak. . Gua difahamkan bahawa saiz basikal adalah bergantung kepada ketinggian penunggang. Kalau tak pasti, lu boleh check dekat internet, apa saiz yang sesuai dengan ketinggian lu.
Ok, pagi tadi untuk pertama kalinya gua adakan sesi free run untuk Merida gua. Tak jauh, cuma 3.6km. Secara keseluruhan, gua puas hati. Cuma ketinggian saddle kena adjust sikit. Lenguh lutut beb bila naik bukit.
|
3.6km adalah dari rumah gua ke tasik Bdr Tun Hussien Onn |
Untuk permulaan, gua rasa stamina & fizikal gua agak terbatas bila mendaki bukit. Jadi, untuk jarak 3.6km, gua berhenti 2 kali sebab lutut gua rasa mcm nak pecah. Kalau dekat kedai Sam Serdang ada jual lutut, gua henjut aje tadi. Lepas tamat 3.6km, gua temankan bini gua jogging & layan anak bujang gua main buai dekat tasik Bdr Tun Hussien Onn. Memang ramai manusia berjogging dekat tasik ni pagi-pagi.
Dalam perjalan balik ke rumah, gua rasa lain. Gua rasa lebih enjoy bila mengayuh, bukan macam waktu nak datang tadi. Teori gua adalah tadi masa mula-mula nak mengayuh, gua lupa nak warm-up & stretching. Sebab tu lutut rasa nak meletup.
Gua akan tulis pasal basikal lagi bila gua dah cecah milestone 30km. Sekian.